Wednesday, February 9, 2011




TAJUK:
Salasilah Imam Masjid Ar-Rahmah dan Latar Belakang Masjid Ar-Rahmah


DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151


DISEDIAKAN OLEH:
Nur Farhana binti Jamaludin
No Matrik : 2010635062
Kumpulan: ASD2Fn


PROGRAM:
Diploma Sains

TARIKH HANTAR:
9 Februari 2011

~AbStRaK~

Masjid ialah satu institusi yang sangat dominan pada pada zaman keunggulan Islam yang berada dibawah pemerintahan Al-Amin,iaitu Rasul Allah.Jadi,kita sebagai umat yang disayangi baginda haruslah sama-sama mempunyai rasa kasih terhadap rumah suci ini.Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah ‘’institusi masjid’’,maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah.Dengan ini,peranan masjid haruslah jelas dan mempunyai wakil khalifah yang boleh membantu rakyat atau masyarakat di sesuatu tempat atau kawasan. Bagi menjadikan sesebuah institusi masjid iti sendri sebagai medium masyarakat untuk beribadat dalam pelbagai cara,imam masjid haruslah memainkan peranan yang penting.Imam masjid di sesuatu kawasan haruslah menjadi contoh dan rujukan utama bagi masyarakat setempat.Kedudukan Imam bererti kedudukan umat yang agong. Tanggungjawab yang diamanahkan Allah SWT kepada mereka merangkumi tugas-tugas khalifah di zaman Rasulullah SAW, ulama', raja, penghulu, pendidik dan bapa.Disini jelaslah bahawa imam merupakan tonggak utama masyarakat islamik yang memerlukan dorongan mengenai hal-hal keagamaan. Keistimewaan mereka lebih ketara lagi kerana tugas mereka secara langsung dikaitkan dengan usaha menghidupkan (al-haya') dan memakmurkan masjid-masjid (baitullah) yang merupakan bangunan suci yang menjadi markas pergerakan dakwah Islam serta pusat pembangunan umat seluruhnya. . Ini bermakna, peranan ketua di dalam menentukan sebahagian hidup kumpulan yang dipimpin adalah tersangat penting. Mereka dianggap sebagai rujukan kepada umum bagi kesejahteraan hidup di dunia serta akhirat.Bagi menjayakan amanah yang ditaklifkan oleh agama, kualiti dan keupayaan imam seharusnya jelas meyakinkan dan tidak dipertikaikan baik dari segi fizikal atau rohani. Imam adalah imam dalam semua hal yang bercorak amal soleh.Di sini,kita dapat buktikan bahawa masjid dan imam adlah suatu kombinasi yang sangat berkait rapat untuk menjadikan dan menjayakan suatu institusi masjid yang harmoni.

~PeNdAhUlUaN~

Bismillahirrahmanirrahim.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.Puji-pujian kepada Tuhan sekalian alam yang terhindar dari segala kecelakaan dan hanya padamu kami bersujud dan menyerah diri.Alhamdulillah,dengan nikmat Islam dan Iman,kita masih lagi diberi peluang untuk menikmati keindahan alam yang penuh dengan nikmatnya dan kita masih lagi dibawah naungannya dan berpegang teguh dengan syahadah yang satu. Dengan peluang yang ada ini,dapat saya menghasilkan sebuah karya khas yang mengkhususkan serba sedikit tentang latar belakang masjid di tempat saya serta butiran mengenai imam besar masjid di kampung saya,iaitu masjid AR-Rahmah,Kampung Manggol Bongor.Sebuah kampung yang terletak di sebuah daerah kecil di negeri Kedah.Tujuan saya menghasilkan nukilan ini ialah untuk mengetengahkan tentang latar belakang seorang imam masjid yang amat saya kagumi dan saya juga ada melampirkan serba sedikit maklumat mengenai masjid Ar-Rahmah yang menjadi pusat pertemuan silaturrahim penduduk kampung saya. Ribuan terima kasih saya sandarkan terutamanya kepada pensyarah CTU 151 iaitu Ustaz Abd Aziz kerana dengan peluang yang beliau berikan dalam medium kertas kerja ini,saya dapat mengenali dan mengetahui tentang latar belakang imam masjid kampung saya dan serba sedikit meklumat tentang masjid Ar-Rahmah.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada imam besar masjid Ar-Rahmah iaitu Ustaz Haji Mohamad Asri bin Hj Rejab.Maklumat dan isi kandungan nukilan saya ini adalah sepenuhnya daripada beliau dan pengalaman ayah saya sendiri iaitu Jamaludin bin Hj Said sebagai bendahari masjid Ar-Rahmah.Besarlah harapan saya agar nukilan ini dapat memberi kesan kepada pembaca di luar sana dan dapat menyelesaikan matlamat kertas kerja ini dengan jayanya.InsyaAllah.

~HaLwA NuKiLaN~

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 18,bermaksud: Sesungguhnya yang akan mengimarahkan masjid-masjid Allah ialah mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut kecuali kepada Allah, mudah-mudahan mereka dari golongan yang mendapat petunjuk Allah.Dengan firman Al-Khalid ini,terbuktilah kepada kita,hamba yang abdi di atas muka buminya ini mempunyai satu tanggungjawab yang perlu dipikul untuk mengimarahkan baitullah ini. .Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang tidak jahil dalam aspek keilmuan,jadi untuk menjadi mencapai matlamat bertamadun,kita haruslah sedar bahawa ilmu di jiwa adalah sangat penting dan menjadi fardu kepada kita untuk menggalinya.Dasawarsa ini,kita sudah sedar bahawa institusi masjid telah menjalani satu transformasi dari takok yang lama kepada tahap yang lebih cemerlang.Hal ini disebabkan masyarakat sudah sedar tentang pentingnya mengimarahkan masjid dah menjadikan masjid sebagai institusi perdana bukan hanya dilihat semata-mata untuk tempat menjalani ibadah solat jumaat ataupun hanya untuk tempat berkumpul pada haru raya semata-mata.
                               

~SkOp ~



.Bagi menjadikan sesebuah institusi masjid iti sendri sebagai medium masyarakat untuk beribadat dalam pelbagai cara,imam masjid haruslah memainkan peranan yang penting.Imam masjid di sesuatu kawasan haruslah menjadi contoh dan rujukan utama bagi masyarakat setempat.Tanggungjawab mereka merangkumi dua sudut besar iaitu di dalam masjid dan sekelilingnya serta di luar masjid iaitu dalam masyarakat setempat.Tugas utama imam di dalam masjid adalah sebagai imam bagi setiap waktu solat.Walaupun begitu,imam masjid juga boleh memberi tanggunjawab menjadi imam solat fardu kepad imam-imam muda di kawasan setempat.Hal ini adalah bertujuan untuk mencari sinar-sinar baru dalam masyarakat Islam kita hari ini.Seterusnya,imam juga akan menyampaikan khutbah dalam solat jumaat dan solat sunat dua hari raya.Imam juga merupakan ketua bagi pegaeai-pegawai syarak yang lain.Sebarang maslahah akan dirujuk kepada imam masjid terlebih dahulu.Sebagai seorang imam,beliau juga wajar digelar seorang guru kerana seorang imam mempunyai potensi untuk menjadi seorang guru dan pendakwah masyarakat.Di sinilah dapat dilihat kepentingan imam bagi menjadi seorang yang boleh diteladani oleh seluruh masyarakat dan bukanya hanya imam atas nama sahaja.Kebersihan adalah separuh daripada iman,jadi imam sesebuah masjid haruslah sentiasa menjaga dan mengawasi kebersihan dalam dan luar kawasan masjid.Bagi memaksimakan kebersihan masjid,imam dan seluruh ahli jawatankuasa masjid haruslah bersama-sama memainkan peranan mereka sebagai contoh,menyediakan jadual untuk membersihkan kawasan masjid.Dengan adanya jadual yang tersusun,maka kebersihan masjid secara langsung akan dapat dikekalkan.Berbalik kepada tugas seorang imam di luar masjid iaitu pada masyarakat,imam haruslah seorang guru yang bertauliah.Dengan ilmu yang dimiliki oleh seorang imam,sudah kukuh bagi masyrakat mempercayai dan bersediauntuk menjawab sebarang persoalan yang makal ditanya oleh masyarakat.Bagi seseorang imam,menguruskan jenazah adalah suatu kepakaran yang seharusnya dimiliki.Beliaulah yang akan bertanggungjawab bagi menguruskan jenazah jika berlaku kematian.Masjid yang berkualiti adalah masjid yang lengkap merangkumi semua aspek,jadi kenapa tidak dikhususkan satu ruang yang menyimpan alat-alat keperluan bagi menyempurnakan jenazah walaupun keluarga si mati itu sendiri akan menyediakan persiapan jenazah,tidah salah untuk ahli masjid membuat persiapan tersebut.Imam juga harus mempunyai misi untuk membangunkan masyarakat dengan berganding bahu bersama-sama dengan ahli jemaah masjid yang lain.Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk membangunkan msyarakat yang selari dengan fungsi masjid itu sendiri iaitu menjadi pusat percambahan ilmu.Contonya,pihak masjid boleh menganjurkan majlis ilmu seperti ceramah agama,forum,perbahasan dan sebagainya.Dengan adanya program ilmiah sebegini,secara tidak langsung dapat mendekatkan masyarakat zaman pembangunan ini kepada didikan agama yang sempurna.Kita harus faham bahawa fungsi seorang imam adalah snagt luas bukan sahaja dalam urusan keagamaan bahkan juga dalam urusan pembangunan yang kesemuanya bertujuan meluhurkan prestasi kehidupan ummah.Tanggungjawab seorang imam yang baik, tidak akan berjalan dengan kemas sekiranya tidak melengkapi diri dengan sahsiah atau keperibadian yang unggul selaku seorang pemimpin yang akan mendukung kehendak syariah Islamiah. Di antara sifat-sifat utama yang harus dihayati para imam yang bertindak sebagai ketua umat Islam, meliputi sifat-sifat yang diamalkan oleh para rasul iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah, di samping sifat-sifat mahmudah seperti berhemah tinggi, menunaikan janji dan mudah bersimpati dengan penderitaan orang lain.


Apabila sifat-sifat mulia ini telah diamalkan, akan lahirlah satu keperibadian yang baik kepada para imam untuk membina disiplin atau etika yang murni dalam menjalankan amanah setiap hari. Di antara etika yang dimaksudkan itu termasuklah berkhidmat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana balasan hakiki hanya di sisi Allah sahaja.Sesungguhnya amalan yang ikhlas itu akan dinilai dengan darjat yang  tinggi di sisi Allah s.w.t.Seorang imam yang baik mampu memberi nasihat dan bersedia menerima nasihat dari pihak lain atau golongan yang dipimpinnya.Ini tergolongsah sebagai seseorang yang boleh bertolak ansur walaupun dia tahu pagkat dan kedudukan seorang imam kebih tinggi daripada golongan biasa.Seseorang akan lebih dihormati sekiranya diri sendiri dapat menerima pendapat dan pandangan orang lain dengan ikhlas dan berfikiran terbuka.Selain itu,seorang khalifah akan sentiasa sanggup bertugas pada bila-bila masa dan di mana sahaja jika khidmat beliau diperlukan.Berusaha untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dengan menambah ilmu pengetahuan atau kemahiran dari masa ke semasa adalah salah satu ciri-cri imam yang berwawasan serta mempunyai matlamat dalam tugasnya.Seorang imam yang boleh diterima masyarakat ialah seorang yang selalu berlapang dada dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi serta tidah terlalu berprotokol.Dengan ini,masyarakat mudah mendampingi beliau untuk menjadi tempat rujukan sebarang masalah yang berkaitan dengan soal agama.

~SaLaSiLaH~

Dalam nukilan kertas kerja ini,suka ingin saya berkongsi serba sedikit tentang latar belakang insan istimewa yang dipilih Allah s.w.t. untuk menjadi khlifah yakni imam besar masjid di kawasan tempat tinggal saya sekarang.Saya amat berbangga kerana secara tidak langsung dapat mengetengahkan sebuah masjid yang walaupun tidak diketahui umum tetapi cukuplah untuk saya berkongsi dengan kalian serta memeperkenalkan insan yang terpilih untuk menjadi imam masjid di kampung saya.
Masjid Ar-Rahmah.Suatu nama yang sangat agung bagi penduduk desa yang bermastautin di Kampung Manggol Bongor,Megat Dewa,Kodiang Kedah.Kampung yang agak kecil ini masih  tetap di dalam kelompok biah yang soleh dan solehah.Insyaallah.Mengikut sumber yang sudi berkongsi pengalaman beliau,masjid kampung ini adalah salah satu masjid yang tertua di kawasan sekitar sini.Tertubuhnya organisasi kampung ini,maka,tersergamlah sebuah institusi islam yang amat agung ini yakni rumah suci Allah s.w.t. Hingga kini,jasa-jasa imam masjid yang terdahulu amatlah dikenang dan mungkin bagi golongan yang sudah dimamah usia,mereka masih boleh mengingati sahabat-sahabat mereka yang berjuang sebagai pemimpin suatu masa dahulu.Masyarakat kampung ini amaylah terkenal dengan sifat hormat-menghormati antara satu sama yang lain.Terbuktilah dengan terlantiknya seorang imam yang masih boleh dikatakan muda di kampung ini tetapi dengan tingginya rasa hormat warga kampung yang telah lanjut usianya kepada pemimpin kampung, mereka dengan hati yang terbuka dapat menerima engan hadirnya imam baru di masjid kami.Nama diberi,Ustaz Haji Mohamad Asri B.Hj Rejab,merupan anak jati Kedah.Beliau mendapat pendidikan awal di sek.keb.Manggol Bongor dan telah berjaya dengan cemerlang dan dengan azam yang kuat ingit mendalami ilmu islam,maka beliau ditempakan di sekolah agama yang tersohor di Kedah iaitu Sek Men Maktab Mahmud yang terletak di Alor Star,Kedah.Pengalaman yang banyak semasa alam sekolah menengah telah mematangkan diri beliau dalam pelbagai aspek.Beliau pernah menetap di rumah sewa seawai umur 14 tahun dan menjalani rutin harian yang tidak sama seperti pelajar asrama pada masa sekarang.Jika kita lihat pada zaman sekarang,jarang kita dengar kanak-kanak berusia seawal 14 tahun sudah dilepaskan oleh ibu bapa mereka untuk menetap di rumah sewa bersama rakan-rakan yang lain.Tetapi berbeza dengan beliau,keluaraga beliau meletakkan hrapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap beliau sehingga dapat hidup berdikari seawal 14 tahun.Alhamdulillah,selama 5 tahun hidup sebagai pelajar maktab mahmud,beliau sudah kenal erti kehidupan yang sebenar dan dengan pengalaman yang ditimba sudah cukup untuk beliau merantau  ke tempat orang.

~PeRaNtAu~

Harapan yang digalas,sentiasa menjadi pembakar semangat beliau untuk terus berusaha dalam pelajaran beliau.Akhirya,usaha yang gigih telah membuahkan hasil.Beliau dinobatkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang di Kedah dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Mesir.Sebagai anak yang soleh,keputusan bukanlah terletak pada tanganya sahaja tetapi terletak pada restu kedua orang tuanya.Pada tahun itu,tidak ramai pelajar yang dapat meneruskan jihat belajar ke negara luar,dan beliau adalah salah seorang pelaajar yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.Dengan restu dan harapan yang tinggi oleh kedua orang tua beliau,Ustaz Asri melangkah meninggalkan kampung halaman serta kaum keluarga yang tercinta.Harapan kedua orang tuanya digalas dengan penuh tanggungjawab dengan harapan dapat membuahkan bunga-bunga kejayaan dari negara suci Mesir.Beliau bersama beberapa orang sahabat seperjuangan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia di bawah salah satu biasisiwa terbesar di negara kita.Beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Usuludin di salah sebuah yang tersohor hingga sekarang juga masih ramai pelajar negara kita memohon untuk menjadi salah seorang pelajar di universiti tersebut,iaiti Uiversiti Al-Azhar,Mesir.
Dengan pengalaman yang ada semasa remaja,beliau sudah terisi dengan seribu satu keberanian untuk berdikari jauh dari pengawasan keluarga.Apa yang beliau pengang ialah,restu Allah s.w.t. ialah terletak pada restu kedua ibu bapa.Jadi,dengan semangat itulah beliau jadikan pendorong untuk meneruskan jihad beliau di tanah Mesir itu selama 4 tahun.Dalam masa itulah,pengalaman demi pengalaman dikutip oleh beliau untuk memenuhi ilmu di dada.Bagi beliau,ilmu itu ada di mana-mana sahaja,yang penting,bagaimana cara kita untuk mengolah sesuatu keadaan itu untuk dijadikan santapan minda.Saya amat terusik dengan kata-kata beliau semasa berhadapan dengan beliau.Secara tidak langsung,saya amat mengaguminya sebagai seorang pengongsi pengalaman dan ilmu.Beliau juga telah beberapa kali mengerjakan umrah bersama-sama rakan yang lain.Beliau ada menyebut perbezaan pelajar Malaysia di Mesir pada zaman sekarang dengan pada zaman pengajiannya dahulu.Beliau banyak melihat pelajar kita bayak menghabiskan mwsa cuti mereka untuk melawat negar-negara barat yang mana bagi mereka amat menarik untuk dilawat.Beliau memberi pendapat,kenapa tidak pelajar kita yang sudah hampir dengan tanah suci Mekah dan Madinah,pergi untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu,kerana peluanng itu amatlah bermakna jika ingin dibandingkan dengan rakyat Malaysia yang berhajat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci,tetapi tidak berkesampaian.
Jadi,suka untuk memberi pandangan kepada rakan-rakan yang mempunyai peluang yang lebih baik dari rakan di Malaysia,pergilah kerjakan umrah ataupun berjaulahlah di tanah suci yang terhamparnya seribu satu kisah sejarah khalifah-khalifah Islam yang agong pada suatu ketika dahulu.Jika saya diberi peluang itu,tidak akan saya sia-siakan masa cuti yang ada dan saya akan mengembara mencari ilmu yang amat dituntut dalam Islam.Selama 4 tahun itulah beliau menimba sebanyak mungkin ilmu akidah islamik untuk dibawa pulang ke Malaysia dan berbakti untuk anak bangsa di bumi sendiri.4 tahun menimba ilmu,akhirnya,beliau telah berjaya membawa pulang segulung ijazah yang telah lama dinanti oleh ahli keluarga.Pulangnya seorang anak muda ini bukanlah hanya untuk dibangga-banggakan semata-mata tetapi,pulangnya beliau membawa sinar baru dalam masyarakat setempat.


~AlHaMdUlIlLaH~

Alhamdulillah,syukur pada yang maha Esa,dengan rezqi yang dikurniakan,sejurus pulangnya hamba Allah ini ke tanah air,beliau terus ditawarkan untuk menjadi salah seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di negeri Kedah tetapi agak jauh dari tempat tinggal sekarang iaitu,beliau memilih untuk menetap di kampung bersama-sama kedua orang tua beliau.Oleh itu,beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Sanglang yang terletak tidak jauh dari rumah beliau.Setelah beberapa tahun menjadi guru agama di sekolah tersebut,beliau telah diberi amanat oleh Majlis Agama Daerah Kubang Pasu untuk dilantik sebagai imam masjid Kampung Manggol Bongor.Ustaz Asri telah menjadi imam besar masjid Manggol Bongor pada akhir tahun 2009.Perkhidmatan beliau sebagai imam masjid boleh dikatakan sebagai baru detik permulaan bagi suatu perjalanan yang masih panjang,insyaAllah.Sebagai seorang imam yang masih baru berkhidmat,beliau mengatakan masih banyak yang perlu dipelajari dan digali ilmu kepimpinan ini.Walaupun hanya menjadi khalifah di sebuah kampung yang tidaklah terlalu ramai penduduknya,tetapi tugas ini haruslah dilaksanakan dengan amanah dan penuh iltizam dengan matlamat untuk membentuk ummah yang berkualiti di kalangan penduduk kampung yang berbeza umur.Menurut beliau,perlantikan seorang imam masjid ini adalah berdasarkan daripada keputusan sepakat dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain.Beliau menyambut tanggungjawab yang diberi ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas hanya kerana Allah.Bagi saya,beliau tidaklah merasakan tugas menjadi seorang imam ini adalah suatu tugas yang luar daripada lapangan beliau,kerana mungkin beliau telah mewarisi sifat kepimpinanya itu daripada ayah beliau sendiri.Sebelum beliau dilantik sebagai imam masjid di kampung ini,tugas sebagai imam masjid telah dibawa oleh ayah beliau sendiri.

~AkTiViTi mAsJiD~

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa masjid dan antara aktiviti yang telah berjaya dilancarkan adalah seperti
  • ·         MABIK (malam bina keimanan)
  • ·         Qiamullail : telah diketuai oleh Ustaz Asri sendiri selaku imam besar masjid dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang lain
  • ·         Kutipan derma daripada penduduk kampung untuk menampung perbelanjaan menaik taraf masjid
  • ·         Aktiviti ilmiah pada setiap malam Rabu seperti ceramah agama dan forum
  • ·         Meraikan setiap hari kebesaran Islam secara perdana yang melibatkan seluruh penduduk kampung

Aktiviti-aktiviti seperti ini akan sentiasa diadakn secara istiqamah bagi menghidupkan institusi masjid ini sendiri dan mencapai misi utama masjid Ar-Rahmah iaitu untuk mengimarahkan masjid oleh seluruh penduduk kampung

~DuLu DaN kInI ~


Sepanjag perkhidmatan beliau sebagai seorang imam besar masjid Ar-Rahmah,beberapa pembaharuan masjid dan organisasi masjid telah dibuat berdasarkan permasalahan yang timbul.Salah satu masalah yang telah selesai dipulihkan adalah keselesaan jemaah untuk mengerjakan solat di dalam masjid.Dengan ini,prasarana masjid AR-Rahmah telah dinaik taraf untuk keselesaan penduduk kampung itu sendiri untuk beribadat.Permaidani yang telah usang telah ditukar kepada permaidani solat yang lebih sesuai dan lebih selesa bagi para jemaah untuk beribadat terutamanya ketika solat jumaat dan solat sunat tarawih pada bulan Ramadhan.Selain itu,mihrab(tempat khatib membaca khutbah) juga telah dibina semula dengan keadaan yang lebih selesa.Hal ini disebabkan mihrab yang lama telah usang dan boleh menjejaskan keselamatan jemaah solat.Seterusnya,aduan telah dibuat mengenai tandas dan tempat mengambil wuduk yang kurang selesa kerana kedudukan yang kurang sesuai.Jadi,bagi menangani masalah ini,imam masjid serta ahli jawatankuasa telah sama-sama bermesyuarat dan kata putus untuk membina semula tandas dan tempat wuduk wanita diambil.Tandas lama yang terletak agak jauh dengan kawasan solat telah dijadikan setor menyimpan barang –barang keperluan masjid seperti alat untuk memandikan jenazah dan barangan untuk mengadakan kenduri perdana kampung.Dengan pembaharuan yang dibuat,tahp keselesaan jemaah dapat ditingkatkan dan para jemaah berasa lebih selesa untuk beribadah.

~PeNuTuP~

Tugas seorang imam yang telah dikhususkan adalah lebih meluas berbanding dengan apa yang dapat kita zahirkan.Menjadi seorang khalifah yang diberi kepercayaan ialah suatu amanah yang besar bukan hanya dilihat sebagai tanggungjawab memikul jawatan semata-mata.Masyarakat harus sedar bahawa tanda golongan ilmuan seperti mereka ini,sukar untuk kita menghayati dan mendalami ilmu agama dengan cara dan pendekatan yang sebenarnya.Tepuk dada,tanyalah iman anda.Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaumnya melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.Jadi,ayuhlah sahabat-sahabatku di luar sana,marilah kita membantu khalifah-khalifah kita ini untuk bersama-sama menjadikan matlamat masjid sebagai sebuah institusi masjid yang teragung.Bersesuianlah dengan matlamat masjid Ar-Rahmah iaitu untuk mengimarahkan anak khariah dan menjadikan masjid Ar-Rahmah ini sebuah masjid yang cemerlang dalam segala aspek.InsyaAllah,hubungan silaturrahim akan dapat dieratkan sekiranya setiap lapisan masyarakat sedar akan tanggungjawab sesama ummah bagi melahirkan muslim yang mukmin di dunia dan akhirat nan abadi.wassalam......

Monday, February 7, 2011

~RuJukAn~


 ·         Imam Besar,Masjid Ar-Rahmah:Ustaz Haji Asri b.Haji Rejab
·      (bendahari Masjid Ar-Rahmah)
 En. Jamaludin b.Hj Said